Friday, August 28, 2009

Antara Syeikh Fathi Yakan VS Michael Jackson

Syeikh Fathi Yakan VS Michael Jackson

Salamun 'alaik buat sahabat2 semua,
Innalillahiwainnailaihi raji'un.. moga ruh semua muslimin muslimat diangkat Allah bersama golongan muttaqin..

dunia realiti..artis dipuji, ulama' dikeji.. artis dijulang, ulama' dituduh kejam..jelas sekali kite dpt lihat melalui kematian Michael Jackson, syeikhul kabir Fathi Yakan dan juga muslimah sejati, Dr Marwa Syarbini baru2 ini. Siapakah yg lebih mendapat liputan luas media?? apa yg lebih menyedihkan apabila rata2 shbt2 yg sy pernah tnya, langsung tidak mengetahui kematian 2 tokoh islam ini, bahkan ade yg tidak mengenal mereka.. Sedih sekali sikap umat Islam kini yg tidak mengetahui hal ehwal umat Islam sendiri, sedangkan Nabi pernah bersabda bhw umatnya bersaudara, jika ducubit paha kana, pasti paha kiri terasa sakitnya.

Hakikat dunia yang fana ..jika artis yang meninggal ataupun sakit, maka seluruh dunia membuat liputan seakan-akn merekalah dewa..akan tetapi sedikit cuma kisah kesyahidan insan2 yang mempertahankan Aqidah dan maruah agama disebar luaskan.


Syeikhul kabir, Fathi Yakan....

"Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dgn merentapnya ilmu dr dada manusia, tetapi Allah mencabut ilmu dgn mematikan ulama'. apabila tiada lagi ilmuan, maka nantinya manusia akan akan mengambil pemimpin2 yg jahil, pemimpin itu ditanya lalu mereka berfatwa tanpa ilmu, maka sesatlah golongan yg bertanya, sebagaimana sesatnya juga golongan yg ditanya"
(Hadith riwayat at-Tarmizi)

Syeikh Fathi Yakan telah pulang ke rahmatullah pd Sabtu 13 jun 2009 yg lalu..AL FATIHAH

semoga roh perjuangan beliau terus kita pertahankan dan gerakkan walau di mana kita berada.. Di mana bumi dipijak, di situ ISLAM dijunjung.


Dr Marwa Syarbini....

Tidak banyak liputan TV tentang Marwa Al-Sharbini, seorang ibu yang punya seorang anak, sedang hamil 3 bulan, dibunuh kejam dlm dewan perbicaraan di Dresdan, Jerman.As- Syahidah mati ditikam 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim ketika menanti utk memberi keterangan. Ramai pula di kalangan kita, yg mengaku org islam tidak sedar tentang tragedi kejam ini. Yang mereka lebih tahu ialah kematian Raja Pop. Media, terutama TV dan akhbar melampau-lampau liputannya. Berhari-hari, bahkan berminggu masih belum reda isunya. inilah dunia akhir zaman

Ribuan penduduk Mesir menghantar jenazah Marwa ke tempat pengkebumiannya. Beliau tidak sepopular artis tersohor, MJ, tetapi pastinya beliau tersohor di kalangan penduduk langit kerana mempertahankan harga diri, maruah dan agamanya melalui tudungnya,

Ia mengadu tentang seorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya disebabkan beliau berjilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa lantaran tudung yg dipakainya. Di saat berada di mahkamah itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, terkena tembakan pihak berkuasa yang berdalih tidak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam keadaan kritikal di hospital di Dresden.

Surat khabar Jerman, Die Welt versi online memuatkan komentar-komentar pembacanya yang berisi penghinaan buat ISLAM. Salah satu pemberi komen misalnya, menyarankan agar pelaku pembunuhan Marwa diberi tanda jasa “Federal Cross of Merit”. Pemberi komen lainnya menyebut Marwa “toilet” dan masih banyak lagi komentar-komentar lainnya yang isinya jelas membela pembunuh Marwa dan melecehkan Marwa.

Sahabat-sahabat.. bagaimana perasaan kalian?? begitu hina dan teruk seorang muslimah diperlakukan hanya semata2 mempertahankan maruah dirinya. Islam dipandang dengan pandangan yang negatif?? Mungkin Marwa ada jawapan yang pasti bila menghadap ALLAH nanti..dan dia juga punyai bukti mempertahankan Aqidahnya.. bagaimana dengan kita, yang kita gelarkan diri kita sbg pejuang Islam, bahkan title kita sbg hffazul quran?? apa kita punya bukti amal soleh kita utk melayakkan kita mendapat redha Allah??? sama2 kita muhasabah diri, mantapkan kualiti ibadah wajib dan tingkatkan kuantiti ibadah sunat sbg persediaan menuju bulan Ramadhan Karim

dipetik dr forum amal 2005 (alumni maahad muhammadi kelantan)

No comments:

Post a Comment