Thursday, September 10, 2009

:: Temanku Istiqamah ::


Kadang-kadang aku termenung, berfikir sendirian, kenapa manusia begitu cepat berubah. Berubah dari sesuatu yang ma'ruf begitu senang, tapi untuk berubah dari sesuatu yg mungkar, amat payah. Dulu aku begitu bangga dengan diriku memandangkan aku seorang pelajar sekolah agama. Tauhid, fiqh, tafsir, hadith, mutholaah, imla', lughah, nahu, sorf, ta'bir, semuanya aku bljr. Berapa banyak hadith yg aku hafal, berapa banyak surah yang aku ingat. Aku mampu bertazkirah di khalayak ramai. Aku menjadi pemimpin usrah. Tudungku labuh melepasi dada sebagaimana yang disyariatkan Islam.

Tapi kini, semuanya berubah. Aku pun tak tau apa puncanya. Kini aku tak ubah seperti remaja-remaja lain. Tingkah-laku, pergaulan, pertututan serta pemakaianku, tiada bezanya dengan kawan-kawan yg bukan dari aliran agama sepertiku. Kadang-kadang aku termenung, kenapa aku harus jadi begini?

Kadang-kadang terdetik di hati kecilku untuk kembali ke zaman
'kegemilangan' ku. Tapi... Terlalu banyak dugaannya. Aku teringat pesan Ustaz Badrudin, "Kalau nak tahu setebal mana iman kita, tunggulah bila ujian datang. Jangan kata kita beriman selagi kita tak diuji. Semakin tinggi iman kita, semakin kuat Allah uji". Kata-kata itu terngiang-ngiang di telingaku.

Aku mula menanam azam, hari ini aku berkata,
"Esok aku mesti berubah". Tapi bila esok tiba, aku akan berkata, "esok aku akan berubah". Bilakah 'esok' yang sebenarnya? (Tiada lagi esok bila datangnya kiamat)

Bulan Ramadhan menjelma lagi. Aku bersyukur kerana masih diberi peluang bertemu bulan yg paling mulia.

Namun pada Ramadhan kali ini, aku berazam, aku memberitahu semua rakan-rakanku bahawa aku akan berazam
"Sempena Ramadhan ini aku akn brubah. Aku akan tgglkan segala kemungkaran. Aku akan tgktkan amal kebaikan". Rakan-rakan mula menyindir, "Alah, bulan Ramadhan je baik, nanti buat balik". Tiada sokongan dari mereka. Aku faham, pintu hati mereka masih tertutup dari menerima cahaya hidayah. Semangatku untuk berubah membara. Tapi aku bimbang aku tidak dapat bertemu 'istiqamah'. Ya 'Istiqamah'. Yang menentukan turun naik iman seseorang. Alhamdulillah sepanjang Ramadhan, ada perubahan positif. Aku mula mengubah cara pemakaianku. Kemudian aku cuba mengubah cara pergaulanku. Alhamdulillah. Tiada syaitan menghasutku. Semuanya dibelenggu.

Perubahanku mula diperhatikan teman-temanku. Ada yang menyindir. Aku mendapat gelaran
'ustazah' semata hanya kerana aku melabuhkan tudungku melepasi dada. Belum lagi pakai jubah. Buat baik pun kena sindir ke? Astagfirullah. Kuliah-kuliah agama mula mendapat tempat dihatiku. Aku cuba untuk membaca bahan-bahan bacaan Islam sebagai muhasabah diri pengikat 'Istiqamah'ku agar ia sentiasa disisiku.

Ramadan berlalu, cuti semester menjelma. Di rumah,
'Istiqamah' masih mnjadi teman setia memandangkan ibuku seorang yg amat tegas dalam bab pemakaian dan batas pergaulan, memang amat dititik beratkan. Kerana ketegasannya jugalah aku berpeluang ke sekolah agama.

Sebulan berlalu, aku kembali ke kampus. Semangatku masih tggi. Paling penting
‘Istiqamah’ masih di sisi. Hari berganti hari, hubunganku dengan teman-temanku pulih seperti sediakala. Lama-kelamaan aku semakin terikut-ikut akan tingkahlaku mereka. ‘Istiqamah’ku mula menjauhkan diri. Pergaulanku semakin bebas. Segala batas pergaulan yang aku pelajari dulu mula aku abaikan. Takkan nak kawan dengan lelaki pun tak boleh. Kawan je pun. Bukannya apa-apa. Hatiku berbisik.

Aku mula mengenal erti
‘cinta’. ‘Dating’ mula menjadi rutin hidupku. Berpisah walau sesaat pasti membuatkan hatiku gelisah. Kalau dulu,usahkan keluar dengan lelaki, ke kedai pun kena bawa adik. Tapi kini, aku bebas. Tiada siapa yang menghalang. Tiada yang mengongkong. Pagi, petang, siang malam aku ingin bersamanya. Kalau dulu aku tidak dibenarkan keluar malam. Tapi kini ia menjadi rutinku. Alah keluar makan je pun.

Kini aku mampu membonceng motor bersamanya. Bestnye tak terkata. Bahagia tidak terhingga. Ke mana saja dia pergi, aku bersamanya. Kerana cinta, aku sanggup kembali kepada zaman
‘jahiliyyah’ku? Kerana teman-teman, aku lupakan segala apa yg ku pelajari? Kerana nafsu, aku berani melakukan kemungkaran. Kerana semuanya, 'Istiqamah' mula menyepikan diri. Adakah aku tak takut akan balasannya kelak? Tak takut akan siksaannya meskipun aku tahu ianya pasti berlaku? Ya Allah, kenapa harus aku kembali kepada kemungkaran setelah Kau berikanku Hidayah? ‘Istiqamah’, di manakah kamu? Datanglah kepada ku. Aku amat-amat memerlukanmu.

ISTIQAMAH...

:: Teori Evolusi Cinta ::



“Korang ni asyik bergayut telefon sampai jauh-jauh malam, tak fikir ke yang benda ni salah?” tanya Siti kepada rakan sebiliknya.

“Kami bincang bab persatuanlah. Jangan buruk sangka. Ini benda basic dalam agama. Takkan itu pun nko tak tahu?” balas Nur. Keras bunyinya. Terganggu dengan teguran Siti itu barangkali.

“Alaaa, kita orang study je. Bukan ada buat apa pun.Come on la wei!” Zul berasap telinga. Bengang ditegur Farhan.

“Kalau tak boleh macam ni, habis yang orang kat Mekah tu bercampur aduk keliling Kaabah, nko ingat masa tu orang tak ada nafsu ke? Kenapa di situ boleh, tapi kat sini banyak pula songel kau?” bentak Bob yang amat berbulu mendengar tazkirah Halim.

Manusia bijak membuat justifikasi. Pemikiran kreatif seorang manusia, bijak sekali mencari ruang-ruang di celah hukum untuk mengharuskan perlakuan mereka.


‘KEBIJAKAN’ BANI ISRAEL DAN TANGKAPAN IKAN SABTU



Seperti gelagat Bani Israel yang diharamkan bekerja menangkap ikan pada hari Sabtu. Tujuannya ialah supaya hari itu didedikasikan sepenuhnya kepada ibadah khusus mereka kepada Allah. Namun kaum yang bijak ini, pantas bermain helah. Kreativiti minda mereka digunakan untuk memasang perangkap dan jaring supaya ikan-ikan itu tersangkut dengan sendiri tanpa mereka sendiri melakukannya dengan tangan. Justeru bolehlah dihujahkan dengan bijak kepada Allah bahawa mereka tidak menangkap ikan, sebaliknya ikan itu yang tertangkap sendiri, dan halal benarlah perbuatan itu bagi mereka.

“Salah ikan, bukan salah kami!” barangkali begitulah helah mereka.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:




“Dan tanyakanlah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah Kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik lagi durhaka” [al-A'araaf 7: 163]

Mereka membelok hujah ke sana sini untuk menyedapkan hati sendiri. Apabila akal fikiran yang dikurniakan Allah digunakan untuk menipu Allah, turunlah darjat manusia kepada kerendahan yang hina. Akal dikurniakan Allah kepada manusia agar dengan akal itu manusia tunduk mentaati-Nya, bukan berputar belit mencipta alasan menipu Dia. Akal yang digunakan untuk menipu Tuhan, adalah sebuah kehinaan terhadap kejadian manusia.

“Asfala saafileen,” kata al-Quran. Justeru mereka beralih kejadian, dihukum Allah menjadi makhluk yang lebih sepadan dengan kerendahan itu:




“Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: “Jadilah kamu kera yang hina!” [al-Baqarah 2:65]

Inilah TEORI EVOLUSI CINTA. Bermula dengan sebaik-baik kejadian, mereka bermain cinta murahan beralaskan akal dan hujah-hujahnya. Dengan cinta sehina itu, manusia beransur-ansur turun sifat kemanusiaannya. Hilang malu yang menjadi benteng iman. Akhirnya menjadi kera. Kera itulah barangkali yang terkinjal-kinjal dilamun cinta monyet terkena sumpahan Allah ke atas kaum yang mensesiakan akal kurniaan Tuhan untuk menipu Tuhan.

BATAS PERGAULAN

Lupakah kita kepada sebab musabab mengapa Allah Subhanahu wa Ta’aala mengajar agar dalam pergaulan ini biar ada batasan? Ayuh kita pulang sejenak kepada firman-Nya:




“Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari mereka maka mintalah kepada mereka dari sebalik hijab. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka” [al-Ahzaab 33: 53]

Kalimah mataa’an itu mencakupi urusan-urusan persatuan, pembelajaran, mesyuarat, hal ehwal pejabat dan segala muamalat seharian kita. Allah Subhanahu wa Ta’aala memerintahkan kepada lelaki dan perempuan, tatkala berurusan dengan hal ehwal seperti ini, laksanakanlah ia dengan perantaraan HIJAB.
Hijab itu tafsirannya luas. Sama ada hijab itu merujuk kepada pengertian asalnya yang bererti tabir penutup, atau kepada konsep yang lebih luas mengenainya, hijab itu membawa pengertian batas-batas yang menghadkan pergaulan kita. Hijab yang membataskan tingkah laku, hijab yang membataskan pandangan dan pengamatan, hijab yang membataskan pendengaran, bahawa di antara lelaki dan perempuan itu, kehendak-kehendak Allah menjadi pagar antara keduanya.




Apakah tujuannya semua itu?

Inilah yang gagal difahami oleh kaum yang bijak pandai ini. Mereka berdolak dalih tentang alasan-alasan sosial serta maslahah awam, serta tidak segan silu mencari pula hujah-hujah yang berkonotasi agama untuk menolak keperluan batas-batas ini.

“Nko tak baca ke apa yang dia hantar dalam sms ini? Dia hantar hadith, ko tahu tak? Bukannya lirik lagu Anuar Zain!” tegas seorang ‘ukhti’.

Beliau sedang ‘mencanak naik iman’ selepas menerima sms pada jam 5 pagi tentang fadhilat Qiyamullail dari jejaka seperjuangannya. Namun akhirnya segala itu hanyalah sebuah kedunguan. Berlakon bijak bermain-main dengan Tuhan.

Sedangkan Allah Subhanahu wa Ta’aala memerintahkan kita menjaga batas ini, adalah untuk mengawal sesuatu yang manusia lemah terhadapnya. Iaitulah soal HATI!




“Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka”

Ya, siapakah yang lebih kenal akan soal hati selain Dia?

Dia yang menggelarkan hati kita sebagai QALB, iaitu sesuatu yang berbolak balik terlentang terlangkup dengan begitu mudah di sepanjang perjalanan hidup ini. Sesungguhnya dengan segala unsur bijak yang ada di minda, kita terlupa bahawa Allah mahu menyelamatkan kesucian HATI, yang tidak mampu ditanggung logik.

Akal kita dengan ilmu di puncak menara gading mana sekali pun, tidaklah kuat untuk mengawal hati. Akal itu menteri, rajanya adalah hati. Sering sahaja raja yang berkuasa itu berpaling tadah dari akal kepada NAFSU.

Mulut kalian tidak menyebut. Tetapi Allah mendengar debar rasa di sebalik pergaulan itu. Tubuh kamu tidak menampakkan calar. Tetapi Allah melihat kesan-kesan luka panahan Iblis yang menembus daging dan tulang temulang jati dirimu.

Jika soal halal dan haram itu terlalu banyak liku-likunya, pertimbangkanlah soal kesucian hatimu. Wahai anak-anak muda yang kemaruk cinta, sama ada cinta itu versi YOU and I atau versi ANA wa ANTI, bertaqwalah kalian kepada Allah. Jangan nanti disumpah Allah cinta itu menjadi cinta kera, kaum yang dihina Allah kerana terlalu bijak cuba melicik Dia.

Kamu BIJAK SINI, tetapi Allah itu BIJAK SANA. Maha Bijaksana!




Allah memerintahkan kamu bercinta secara MANUSIA berpaksikan TAQWA, namun sengaja segelintir kamu mengundang sumpahan cinta KERA berbungakan DOSA.

Tersungkurlah kamu penuh kehinaan di lembahteori evolusi cinta.

ABU SAIF @ www.saifulislam. com

:: SAMBUTAN JUBLI PERAK MATM ::

Sekolah kesayangan kita akan mengadakan SAMBUTAN JUBLI PERAK sempena 25 tahun penubuhannya (dahulunya SMU (A) Padang Siam). Butiran sambutan tersebut adalah seperti berikut:

* tarikh: 3 syawal 1430 H
* masa: 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.
* tempat: MATM

dan pada hari yang sama akan diadakan pelancaran tabung untuk mengutip dana pembesaran masjid sekolah.

oleh itu, pihak sekolah meminta bantuan daripada pihak alumni untuk menjayakan program tersebut. antara sumbangan yang dikehendakai pihak sekolah terhadap alumni ialah:

1. persembahan nasyid.
2. persembahan sajak.
3. slide show about school progress since 1983 until 2009
4. slide show iringi masa perasmian.

untuk keterangan lanjut boleh hubungi urusetia/ staf alumni HASANAH AHMAD ditalian 0134926468.

:: Salam Maulidur Rasul ::

Rasulullah S.A.W PENGHULU AGUNG KAMI

Tanggal 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah Al-Mukarramah lahirnya Baginda Nabi Muhammad SAW sebagai pembuka rahmat di seluruh pelusuk alam semesta. Ada beberapa perkara irhas yang berlaku semasa kelahiran Baginda Nabi Muhammad SAW. Irhas adalah peristiwa luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada bakal nabi.

Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya, Aminah tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil. Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika Aminah sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa Aminah telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia. Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.

Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi bahawa pintu syurga Firdaus telah pun dibuka. Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

Ketiga, peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam Surah Al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi. Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah. Sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam Surah Al-Fil. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.

Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa.Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata "Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.''

Kelima, semasa kelahiran Nabi Muhammad SAW, Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Kelahiran Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa. Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman. Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria. Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat. Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.

Keenam, Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa. Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan "Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''. Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan Nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.

Ketujuh, pada malam kelahiran Baginda, berhala-berhala yang terdapat di Kaabah mengalami kerosakan dan kemusnahan. Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, "Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, "telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui. ''

Kelapan, kelahiran baginda Nabi SAW telah mengoncang sembahan syirik yang lain. Ada satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut. Api sembahan di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai Tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi. Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran Baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tersebut tenggelam ke dalam tanah. Setelah baginda lahir, tembakan bintang di langit menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat.

Kelahiran Nabi Muhammad SAW pemberi rahmat kepada seluruh alam. Sebagai umat Nabi Muhammad SAW, kita antara orang yang terpilih dilahirkan untuk menjadi umat baginda Nabi SAW. Kita perlu bersyukur kerana dilahirkan sebagai umat Nabi Muhammad SAW. Namun untuk menjadi umat yang terbaik, banyak cabaran yang perlu dihadapi. Marilah kita bersama-sama berdoa agar kita semua dilindungi dan sentiasa diberi kekuatan untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara kita di Malaysia ini. Amin.

Monday, September 7, 2009

:: Kiamat Sudah Dekat ::


Hari Kiamat semakin hampir. Petanda-petanda yang dikhabarkan oleh Rasulullah S.A.W hampir semuanya sudah dan sedang berlaku.


Penaklukan Baitulmuqaddis


Dari Auf b. Malik r.a.katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis."
- Sahih Bukhari
~ dah jadi dah...


Zina bermaharajalela

"Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar(keldai). Maka pada zaman mereka inilahkiamat akan datang." - Sahih Muslim
~ dah nampak dah...

Bermaharajalela alat muzik.

"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka". Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab: "Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) &penyanyi wanita" - Ibnu Majah
~ S'pore Idol, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah?..


Menghias masjid & membanggakannya.

"Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
~ memang dah nampak dah...

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.


"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.
~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu...

Ramai orang soleh meninggal dunia.

"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad
~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal...

Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat Thabrani
~ George Bush, Ariel Sharon....


Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.


"Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad
~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara anda?telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".
~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)...


Bulan sabit kelihatan besar.


"Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung(membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani
~ tak caya gi tengok...


Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim
~ try baca akhbar2 & majalah?yg popular skarang nie...

~tv3?tv1?utusan?berita harian?

Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.


"Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." -Riwayat Ahmad
~ tengok kes peperangan Iraq...

Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.


"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai” - Sahih Muslim
~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...


TOLONG FORWARDKAN KEPADA TEMAN?LAIN!

Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda:
"Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat..."


pesanan…

Walaupun banyak tafsiran oleh ulama'-ulama', yang jelas dan nyata, ianya sudah terjadi...
Apakah Persediaan Kita Untuk Menghadapi Hari Pembalasan Kelak….Wallahualam….


Sunday, September 6, 2009

:: Boycott Jews Products ::

INCLUDING COKE, PEPSI AND KITKAT. GOD BLESS ALL MUSLIMS IN THE WORLD
PLEASE PASS IT .........................................!


Asalamu'alaikum Warahmatullah Wabarakatuhu, I am hundreds of miles away and ask but one thing of you. I don't want your money all I ask is for your Dua for Us in Palestine and Lebanon and if you have never forwarded an email before, please help us by forwarding this One. I to will make Dua for you and all those who forward this email and for all Of the Ummah Of our Beloved Prophet Muhammad (s .a.w).
Wasalam.











:: Propaganda Yahudi Mengenai Masjidil Aqsa ::


Kekeliruan antara Masjid Al-Aqsa dan Dome of The Rock


Melihat pada gambar di atas, tentunya ramai yang menyangka bahawa masjid di atas adalah Masjid Al-Aqsa. Jika diperhatikan denga teliti, kita akan dapat melihat sebuah lagi kubah berwarna hijau yang kelihatan agak samar-samar. Percayalah, kubah yang berwarna hijau itulah Masjid Al-Aqsa yang sebenarnya.

Masjidil Aqsa merupakan kiblat pertama bagi Umat Islam sebelum dipindahkan ke Kaabah dengan perintah Allah SWT. Kini ia berada di dalam kawasan jajahan Yahudi. Dalam keadaan yang demikian, pihak Yahudi telah mengambil kesempatan untuk mengelirukan Umat Islam dengan mengedarkan gambar Dome of The Rock sebagai Masjidil Aqsa. Tujuan mereka hanyalah satu, iaitu untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Apabila Umat Islam sendiri sudah terkeliru dan sukar untuk membezakan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Maka semakin mudahlah tugas mereka untuk melaksanakan perancangan tersebut.

Lihat pula gambar di bawah, berikut adalah gambar sebenar Masjidil Aqsa pada jarak yang lebih dekat. Betapa jauhnya perbezaan antara Dome of The Rock jika dibandingkan dengan Masjidil Aqsa. Hanya Jauhari juga yang mengenal Manikam




Agenda Israel menghapuskan Masjidil Aqsa

Berikut disertakan juga terjemahan daripada surat yang dikarang dan dikirimkan oleh Dr. Marwan kepada ketua pengarang "Al-Dastour" harian. Berhati-hatilah dengan perancangan zionist tentang Masjidil Aqsa. Jangan biarkan mereka berjaya dengan peracangan mereka.
Terjemahan surat Dr. Marwan:

Terdapat beberapa kekeliruan di antara Masjidil Aqsa dan The Dome of The Rock. Apabila sahaja disebut tentang Masjidil Aqsa di dalam media tempatan mahupun antarabangsa, gambar The Dome of The Rock pula yang dipaparkan. Sebab utama ia dilakukan adalah bagi mengabaikan orang ramai dimana ianya adalah perancangan Israel. Tinjauan ini diperolehi semasa saya tinggal di USA, dimana saya telah dimaklumkan bahawa Zionis di Amerika telah mencetak dan mengedarkan gambar tersebut dan menjualkannya kepada orang arab dan Muslim. Kadangkala dijual dengan harga yang murah bahkan kadangkan diberikan secara percuma supaya Muslim dapat mengedarkannya dimana-mana sahaja. Tak kira di rumah mahupun pejabat.

Ini meyakinkan saya bahawa Israel ingin menghapuskan gambaran Masjid Al-Aqsa dari ingatan umat Islam supaya mereka dapat memusnahkannya dan membina kuil mereka tanpa sebarang publisiti. Sekiranya terdapat pihak yang membangkang atau merungut, maka Israel akan menunjukkan gambar The Dome of The Rock yang masih utuh berdiri, dan menyatakan bahawa mereka tidak berbuat apa-apa. Rancangan yang sungguh bijak! Saya juga merasa amat terperanjat apabila bertanya kepada beberapa rakyat arab, Muslim, bahkan rakyat Palestin kerana mendapati mereka sendiri tidak dapat membezakan antara kedua bangunan tersebut. Ini benar-benar membuatkan saya berasa kesal dan sedih kerana hingga kini Israel telah berjaya dalam perancangan mereka.
Dr. Marwan Saeed Saleh Abu Al-Rub Associate Professor,
Mathematics Zayed University Dubai

Lain-lain gambar berkaitan: