Thursday, March 26, 2009

:: Neraka...!!! ::

neraka yang membara...!!!

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,maka ditanya oleh nabi S.A.W:

"Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya. "

Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung
di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu- pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a. s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.

"Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.

"Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi:

Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua. Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda: "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

"Sesungguhnya Ilmu itu akan membakar kamu jika tidak disebarkan."

Wednesday, March 18, 2009

:: Mukhayyam Tarbawi MATM 2009 ::



Atas kesedaran inilah, maka ALUMNI MATM (Maahad Ahmadi Tanah Merah) turun ke sekolah dan menganjurkan program-program ilmiah kepada adik-adik di sekolah serta melibatkan diri dalam program-program anjuran sekolah demi memastikan produk pelajar keluaran MATM ini berkualiti dan berjati diri.

Program yang terkini yang dihadiri oleh beberapa orang ALUMNI ialah Mukhayyam Tabawi peringkat sekolah bertempat di Masjid Berunai, Rong Chenok pada 13-15 Februari 2009. Program anjuran bersama Exco Belia & Sukan, YB Fatah Mahmood ini mendapat sambutan luar jangkaan apabila jumlah peserta yang hadir mencecah 106 orang yang terdiri dari pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 6 atas. Kami, fasi-fasi yang hadir diberikan mandat sepenuhnya oleh guru-guru untuk mengendalikan program ini. Walaupun tenaga kerja yang tidak mencukupi, itu tidak mematahkan semangat kami untuk bersama adik-adik dan mencurahkan ilmu dan pengalaman kepada mereka. Kehadiran kami ke sana disambut mesra oleh adik-adik yang sememangnya merindukan kakak-kakak dan abang-abang senior untuk memberikan tunjuk ajar kepada mereka. Tentative sepanjang program 3 hari adalah seperti berikut:

JUMAAT:-

>>Bertolak Ke Tempat Program
>>Check In

>>Slot Pengenalan Fasi
>>Riadhah


Pada hari pertama ini, kami agak kekalutan kerana peserta terdiri dari pelbagai tingkatan. Pastilah memerlukan pendekatan yang berbeza. Adik-adik tingkatan 1 dan 2 agak nakal dan sukar untuk memberikan kerjasama kepada kami. Selepas perbincangan yang ringkas, kami terpaksa membahagikan adik-adik kepada 2 ketagori; menengah bawah bagi tingkatan 1-3 dan menengah atas bagi tingkatan 4-6. Untuk peserta menengah atas, mereka diberikan penerangan yang jelas tentang objektif program ini; bukan sekadar program biasa tetapi merupakan program tarbiyyah sebagai medan transformasi diri. Bagi fasi muslimat, pada hari pertama ini kami seolah-olah ditarbiyyah dengan karenah adik-adik yang pelbagai. Agak menarik, pada petang itu makanan petang tidak mencukupi disebabkan bilangan peserta diluar jangkaan. Makanan yang tinggal untuk kami hanyalah nasi kosong dan telur goreng. Kami berpandangan sesama sendiri, inilah TARBIYYAH!

SABTU:-

>>Qiamullail
>>Riadhah Bermodul

>>Debat Perdana

>>Kuliah ‘Tuntutan Dua Kalimah Syahadah’

>>Rehat
>>Kuliah 2 ‘Rasulullah sebagai Qudwah Hasanah’
>>LDK 1 >>Acara bermotorbot ke pulau >>BBQ >>Solat Asar
>>Khidmat Diri

>>Solat Maghrib & Isya’
>>LDK 2

>>Muhasabah


Pengisian hari ini agak longgar, nampak lebih santai. Kebanyakan fasi kurang berminat dengan pengisian yang santai memandangkan program ini adalah program tarbiyyah, tidak seperti kem-kem yang kami pernah hadiri. Namun, apa yang boleh dibuat, tentative sudah tersedia, kami hanya melaksanakan. Walau bagaimanapun, penerangan dari ustazah mengatakan ‘tentatif dirangka sebegitu untuk menarik minat mereka dengan program, kalau buat ala syadid, mungkin selepas ini mereka tak nak join program anjuran badan dakwah sekolah’ memujuk hati kami.

Pada sebelah malam, kami isikan dengan LDK dan muhasabah. Pengendalian slot muhasabah berbeza untuk pelajar menengah bawah dan atas. Bagi adik-adik tingkatan 1-3, muhasabah berkisar tentang peranan mereka sebagai anak, pelajar, dan sebagai hamba Allah. Fasi-fasi yang terlibat agak berjaya menyentuh hati peserta dengan memasukkan elemen-elemen sentimental. Peserta menangis meratapi kesilapan diri..bukan air mata yang membuktikan kejayaan program tapi perubahan yang istiqamah selepas ini. Bagi adik-adik menengah atas pula, mereka dikumpulkan di kawasan lapang depan masjid dan di ‘touchier’ oleh abang-abang dan kakak-kakak yang berpengalaman. Muhasabah bagi mereka berkisar pada amanah kepimpinan di sekolah. Bukan niat kami untuk memarahi adik-adik tapi kami inginkan perubahan berlaku di sekolah, kami tak mahu generasi bawah tidak mendapat tarbiyyah yang kami perolehi dan kami ingin kalian mempertahankan biah solehah di bumi MATM. Seusai muhasabah, kami salam wida’ dengan adik-adik, ada yang menitis air mata, kata mereka “Terima kasih kak kerana menyedarkan kami”. Apa maknanya??

AHAD:-

>>Qiamullail
>>Riadhah
>>Kuliah “Peribadi Muslim”

>>Sidang Pleno

>>Majlis Perasmian Penutup

>>bertolak pulang


Hari akhir agak santai. Untuk sidang pleno, adik-adik diminta membuat komen bertulis kepada fasi-fasi dan pihak sekolah. Kebanyakan mereka amat mengharapkan program seperti ini diadakan lagi dengan bekalan tenaga Alumni lebih banyak. “Program bagus tapi fasi tak cukup. Satu kumpulan sangat ramai ahli menyebabkan ahli kumpulan tak ramai yang menonjol”.Apa maksudnya???

Kesimpulannya, harapan yang tinggi kepada bekas pelajar MATM untuk turun ke sekolah dan memberikan khidmat kepada adik-adik yang memerlukan inspirasi dalam pelajaran dan kehidupan mereka. Kalau bukan kita siapa lagi??

Wallahua’alam..

Syabas dan syukran di atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak....!!!

Wednesday, March 11, 2009

:: Sifat Orang Kafir Dan Munafiq Dalam Al-Quran ::

Al_Quranul Kareem


Terjemahan quran :

'sesungguhnya org kafir sama shj samada kamu beri amaran atau tidak, mrk tetap tidak beriman. allah tlh menutup hati, pendgran dan penglihatan mrk.

mrk dibls dgn azab yg amat berat. antara manusia ada yg berkata 'kami beriman kpd allah & hari akhirat'. sebenarnya mrk tdk beriman. mrk hendak menipu allah & org beriman, pdhal mrk menipu diri sndr & mrk tdk sedar. hati mrk memang berpenyakit lalu ditambah lagi penyakit oleh allah. mrk akan dibls dgn azab yg amat pedih krn berdusta.

apabila dikatakan kpd mrk 'jgnlah kamu membuat kerosakan dibumi' mrk menjwb 'sesungguhnya kami membuat kebaikan'. ingatlah sesungguhnya mrk adlh kumpulan perosak tetapi mrk tdk sedar. apabila dikatakan kpd mrk 'berimanlah seperti org lain' mrk menjwb 'adakah kami dikehendaki beriman seperti org bodoh' ingatlah sesungguhnya mrk sendirilah org bodoh, tetapi mrk tidaklah mengetahui.

apbila bertemu org2 beriman, mrk pun berkata 'kami tlh beriman' tetapi apbila kembali kpd syaitan2 mrk (ketua2 munafiq), mrk berkata 'kami tetap bersama2 kamu, cuma kami berolok2 shj'. allah akan memperolok2kan (membls) dan membiarkan mrk terumbang ambing dlm kesesatan.

mrk itulah yg membeli (menukar) kesesatan dgn hidayah. sebenarnya perniagaan mrk tdk mendpt keuntungan & mrk tdk mendpt hidayah. mrk diumpamakan org yg menyalakan api, apabila menerangi sekeliling mrk, allah hilangkan cahayanya dan membiarkan mrk dlm kegelapan sehingga tdk dpt melihat. mrk tuli, bisu & buta, mrk tidak akan kembali (kpd kebenaran).

atau seperti keadaan org yg ditimpa hujan lebat dari langit disertai kegelapan, guruh & kilat. mrk menyumbat telinga dgn jari krn takut mati dipanah petir. allah sentiasa mengawasi tindak tanduk org kafir. kilat hampir menyambar penglihatan mrk. setiap kali cahaya (iman) menyinari, mrk pun bergerak.

apabila gelap menyelubungi, mrk pun berhenti. jika allah hendak membinasakan mrk, nescaya allah menghilangkan pendgran dan penglihatan mrk. sesungguhnya allah maha berkuasa atas segala sesuatu.

surah al-baqoroh ayat 6-20.

Tafsir ayat:

ayat 6-8 menjelaskan sikap org kafir. Mrk menolak semua seruan dan amaran allah yg disampaikan oleh rasulullah s.a.w. malah menentang & menyakiti baginda & org islam. balasan terhadap perbuatan mrk ialah allah menutup hati, pendengaran & pandangan mrk drpd mendpt hidayah allah taala. di akhirat mrk akan menerima azab yg amat pedih.

Dlm ayat 9-20, allah menjelaskan bahawa org munafiq ialah golongan manusia yg pd lahirnya menganut agama islam tetapi pd hakikinya menentang. mrk musuh dlm selimut kpd umat islam. org munafiq lebih berbahaya drpd org kafir. mrk suka mengolok-olok org islam dgn mengatakan mrk tlh beriman, tetapi menjadi kufur apabila bersama-sama golongan mrk.

Sikap org munafiq yg kadang2 beriman dn kadang munafiq diumpamakan allah seperti org menyalakan api. waktu api menyala mrk mendpt cahaya, apabila padam mrk kegelapan. sikap degil org munafiq yg tidak mahu menerima kebenaran, allah umpamakan seperti org menutup telinga apabila mendgr petir dab berjalan waktu mendpt cahaya kilat dan berhenti bila cahaya kilat hilang. allah mencela perbuatan mrk krn menolak hidayah drpd allah.

antara sifat2 munafiq yg dijelaskan dlm ayat2 ini ialah:

1-menipu allah, rasul & org islam.

2-suka melakukan kerosakan seperti memecahbelahkan perpaduan masyarakat.

3-suka memperbodoh & merendahkan org lain.

4-menukar kebenaran dgn kesesatan.

5-berckp bohong.

6-hasad, angkuh, degil & sbgnya.

rasulullah s.a.w jg bersabda yg bermaksud:

4 sifat munafiq jika ada pada seseorang, sesiapa yg mempunyai satu drpdnya maka dia bersifat munafiq sehinggalah ditinggalkannya iaitu : jika diberi amanah dia khianat, jika berckp dia bohong, jika berjanji dia mungkir dan jika bergaduh dia melampaui batas.

antara pengajaran & penghayatan ayat tersebut ialah:

1-kufur adalah sifat keji & dibenci oleh allah. oleh itu hendaklah kita menjauhinya supaya menjadi org beriman.

2-berdakwah kpd org kafir menjadi tanggungjawab semua org islam, tunaikanlah tanggungjwb itu sekadar kemampuan kita.

3-umat islam hendaklah berusaha menjauhi sifat munafiq.

4-sentiasalah menjaga & memupuk persaudaraan islam & perpaduan umat. jauhilah diri anda drpd terlibat dlm kegiatan perpecahan & permusuhan.